بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum kepada pembaca blog..
sekali lagi aku masuk dalam blog nie nak ceritakan serba sedikit lah masalah aku kat sini, bukan takder tmpat nak ngadu, tapi saje nak ngudate blog nie.hehe..
nie aku nak ceritakan le skit ttg pebualan aku ngan kwn lame aku nie, kawan skolah ye, dah lme tak jumpe, so then bukk lah crite bnyk2..
![]() |
Bercakap tetang kekuasaan Allah adalah suatu cara untuk menidakkan kuasa makhluk dalam diri.. |
Aku: Kau rase nape ramai orang tak suke aku?
kwn: Sbb mulut kau jahat kot.
Aku: Kot? maksud kau mulut aku mmg jaht ke?
Kwn: (smbil pndang muke aku) yup! hehehe, tapi kan, kau bukan kesah ngan sume nie, orang kat sekeliling kau boleh je terima kau as long as dyorang tahan dengan ayat2 kau yang "manis" tu.
Aku: so kau nak cakap yg aku nie jahat dari segala bende lah? and just orang yang mulut jahat je ke yang ade musuh?
Kwn: Absolutely dude.
Aku: so maknenye kau nak kate yang Rasulullah tu jahat gak ke? branie kau nie kan?
Kwn: OOiii!! mane ade aku cakap mcm tu, pndai kau wat fitnah kan?!
Aku: Kalau betul lah orang jahat je yang ade musuh, Rasulullah kan maksum orang nye, tapi baginda still ade musuh, lagi kejam dari kite sekarang nie (mula wat muke serius bercakap dengan die, sambil tangan mengacau nescafe panas).Setiap yang baginda cakap, semuanye baik dan benar2 belaka, tapi baginda Rasulullah S.A.W masih ade musuh, sedangkan baginda seorang yang tersangat baik pekertinya.
Kwn: (senyap, tunduk sedut sirap limau ais)...
Aku: kau pernah rase kene benci dengan orang yang tak sepatutnye tak?
Kwn: maksud kau?
Aku: takder lah, kau tak pernah tegur and kenal orang tu pon tapi tup tup, kau tau yang die benci kau. pernah tak?
Kwn: dah biasa, eh fizi kau dengar sini, Allah ciptakan manusia nie dengan pelbagai rupa, warna kulit, bangsa, tinggi, rendah, hati dan perasaan, Allah tak timpakan kite dengan ujian yang tak mampu utk kita hadapi, sebaliknya, Allah uji kita dengan ujian yang kita sendiri mampu untuk hadapi, sama ada seorangan atau pon dengan bantuan hamba2 nye yang ada dekat sekeliling. ini yang membezakan Allah Azzawajalla dengan kita, manusia yang yang hina nie, lagi satu, kalau Allah tu tak sayang kau, die takkan uji kau, so kau takkan tau kat mane letakknye kekuatan rohani dan mental kau tu, ade sebab nape Allah uji manusia, kerana Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang manusia sendiri tidak tahu.
Aku: (hela nafas panjang), aku faham semua tu tapi........
Kwn: jgn kau sebut perkataan tapi depan aku kalau aku bercakap ttg kuasa Allah depan kau, pada aku, Kuasa Allah tu meliputi sekalian alam, tiada yang kurang dalam pentadbiran yang Allah S.W.T sendiri aturkan, lengkap, tiada cacat cela walau sikit, dan aku yakin kau sendiri tau yang Allah S.W.T tu Maha Sempurna kan?
Aku: ok, ok, tak cakap..aku tau tu...
Kwn: dah laa, biarla kan manusia tu nak benci kau sebanyak mane pon, asalkan Allah S.W.T tak benci and murka pada kau, once Allah benci pada hambenya, tak terbayang peritnya seksa Kubur yang menanti kau
Aku: (nada perlahan) baru kubur, neraka toksah cakap lah kan..Na'uzubillahi minzalik..minta dijauhkan..
![]() |
Jika sebutir batu daripada api neraka yang sebesar biji sawi itu jatuh ke muka bumi, nescaya tidak akan tumbuh sebarang tumbuhan di atas muka bumi ini.. |
mmg betul kan Allah tu sempurna dalam segala hal, kuasa yang Allah S.W.T miliki tu, tidak terbatas diantara langit dan bumi, tersangat lah luas kuasa yang Allah S.W.T tu ada.
Biarlah manusia tu sendiri nak benci sesama manusia, asalkan Allah tak benci kita, betul tak?
![]() |
Jangan sampai Allah S.W.T membenci kite,sekali Allah murka pada hambanya, nescaya kita akan mendapat susah di akhirat kelak. |
Kita hidup dekt dunie nie untuk cari bekalan bawak ke akhirat, bukan untuk hidup senang lenang tanpa arah tujuan.
ketika Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanan Isra' & Mikraj pon, baginda jumpa manusia yang bongkok 3 yang merupakan usia bumi pada ketika itu, dan kalian bayangkan lah untuk pada masa sekarang, selepas 1400 thun baginda tinggal kan kita, macam mane lah agak nya laki2 tersebut.
Jadi, saya seru kepada pembaca blog saye, hargai lah manusia yang pernah mengenali anda, biar mereka tidak sempurna, biar mereka tiada anggota badan yang sempurna , kerana sesunggunya manusia itu sendiri tidak ada yang sempurna sifat nya.
Dan jangan jadi kan agama sebagai wadah untuk kita menindas orang laen, tidak memaksudkan pada mane2 pihak pon..ok...
sekian untuk coretan kali nie, hope, kawn2 amek yang baek jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
nice one .
ReplyDelete:)