Wednesday, January 19, 2011

Lazim yang baik akan di musuhi

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum kepada pembaca blog..
sekali lagi aku masuk dalam blog nie nak ceritakan serba sedikit lah masalah aku kat sini, bukan takder tmpat nak ngadu, tapi saje nak ngudate blog nie.hehe..
nie aku nak ceritakan le skit ttg pebualan aku ngan kwn lame aku nie, kawan skolah ye, dah lme tak jumpe, so then bukk lah crite bnyk2..
Bercakap tetang kekuasaan Allah adalah suatu cara untuk menidakkan kuasa makhluk dalam diri..

Aku: Kau rase nape ramai orang tak suke aku?
kwn: Sbb mulut kau jahat kot.
Aku: Kot? maksud kau mulut aku mmg jaht ke?
Kwn: (smbil pndang muke aku) yup! hehehe, tapi kan, kau bukan kesah ngan sume nie, orang kat sekeliling kau boleh je terima kau as long as dyorang tahan dengan ayat2 kau yang "manis" tu.
Aku: so kau nak cakap yg aku nie jahat dari segala bende lah? and just orang yang mulut jahat je ke yang ade musuh?
Kwn: Absolutely dude.
Aku: so maknenye kau nak kate yang Rasulullah tu jahat gak ke? branie kau nie kan?
Kwn: OOiii!! mane ade aku cakap mcm tu, pndai kau wat fitnah kan?!
Aku: Kalau betul lah orang jahat je yang ade musuh, Rasulullah kan maksum orang nye, tapi baginda still ade musuh, lagi kejam dari kite sekarang nie (mula wat muke serius bercakap dengan die, sambil tangan mengacau nescafe panas).Setiap yang baginda cakap, semuanye baik dan benar2 belaka, tapi baginda Rasulullah S.A.W masih ade musuh, sedangkan baginda seorang yang tersangat baik pekertinya.
Kwn: (senyap, tunduk sedut sirap limau ais)...
Aku: kau pernah rase kene benci dengan orang yang tak sepatutnye tak?
Kwn: maksud kau?
Aku: takder lah, kau tak pernah tegur and kenal orang tu pon tapi tup tup, kau tau yang die benci kau. pernah tak?
Kwn: dah biasa, eh fizi kau dengar sini, Allah ciptakan manusia nie dengan pelbagai rupa, warna kulit, bangsa, tinggi, rendah, hati dan perasaan, Allah tak timpakan kite dengan ujian yang tak mampu utk kita hadapi, sebaliknya, Allah uji kita dengan ujian yang kita sendiri mampu untuk hadapi, sama ada seorangan atau pon dengan bantuan hamba2 nye yang ada dekat sekeliling. ini yang membezakan Allah Azzawajalla dengan kita, manusia yang yang hina nie, lagi satu, kalau Allah tu tak sayang kau, die takkan uji kau, so kau takkan tau kat mane letakknye kekuatan rohani dan mental kau tu, ade sebab nape Allah uji manusia, kerana Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang manusia sendiri tidak tahu.
Aku: (hela nafas panjang), aku faham semua tu tapi........
Kwn: jgn kau sebut perkataan tapi depan aku kalau aku bercakap ttg kuasa Allah depan kau, pada aku, Kuasa Allah tu meliputi sekalian alam, tiada yang kurang dalam pentadbiran yang Allah S.W.T sendiri aturkan, lengkap, tiada cacat cela walau sikit, dan aku yakin kau sendiri tau yang Allah S.W.T tu Maha Sempurna kan?
Aku: ok, ok, tak cakap..aku tau tu...
Kwn: dah laa, biarla kan manusia tu nak benci kau sebanyak mane pon, asalkan Allah S.W.T tak benci and murka pada kau, once Allah benci pada hambenya, tak terbayang peritnya seksa Kubur yang menanti kau
Aku: (nada perlahan) baru kubur, neraka toksah cakap lah kan..Na'uzubillahi minzalik..minta dijauhkan..
Jika sebutir batu daripada api neraka yang sebesar biji sawi itu jatuh ke muka bumi, nescaya tidak akan tumbuh sebarang tumbuhan di atas muka bumi ini..

mmg betul kan Allah tu sempurna dalam segala hal, kuasa yang Allah S.W.T miliki tu, tidak terbatas diantara langit dan bumi, tersangat lah luas kuasa yang Allah S.W.T tu ada.
Biarlah manusia tu sendiri nak benci sesama manusia, asalkan Allah tak benci kita, betul tak?
Jangan sampai Allah S.W.T membenci kite,sekali Allah murka pada hambanya, nescaya kita akan mendapat susah di akhirat kelak.

Kita hidup dekt dunie nie untuk cari bekalan bawak ke akhirat, bukan untuk hidup senang lenang tanpa arah tujuan.
ketika Nabi Muhammad S.A.W dalam perjalanan Isra' & Mikraj pon, baginda jumpa manusia yang bongkok 3 yang merupakan usia bumi pada ketika itu, dan kalian bayangkan lah untuk pada masa sekarang, selepas 1400 thun baginda tinggal kan kita, macam mane lah agak nya laki2 tersebut.
Jadi, saya seru kepada pembaca blog saye, hargai lah manusia yang pernah mengenali anda, biar mereka tidak sempurna, biar mereka tiada anggota badan yang sempurna , kerana sesunggunya manusia itu sendiri tidak ada yang sempurna sifat nya.
Dan jangan jadi kan agama sebagai wadah untuk kita menindas orang laen, tidak memaksudkan pada mane2 pihak pon..ok...

sekian untuk coretan kali nie, hope, kawn2 amek yang baek jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saturday, January 1, 2011

Diam Itu Tak Bermaksud BODOH

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
dah lame rasenye tak ngupdate blog nie..
yelah..bnyak sgt kerje nak kene selesaikan..dengan kerja HAKERA, DOT lagi, assgment dari Pof Yang lagi..aduii...sakit pale...tapi aku anggap semua tu cabaran..
Macam dalam lirik lagu nasid, "hidup tak selalu nya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan"..
kadang2 Allah sengaja nak menduga hambanya, tapi Allah menduga mengikut  kemampuan hambenya
bukan suka-suka..satu lagi bukti Allah itu sayang pada kita semua..
haaa..lirik  nie cukup bermakna kan...4 those yang menghayati lah ..

berkenaan dengan tajuk kat atas tu lah kann...bukan sengaja aku letak..ade cerita disebalik tajuk nie..
Well manusia...kan Allah S.W.T tu anugerahkan kepada manusia tu AKAL+FIKIRAN utk membezakan manusia dengan haiwan.dan manusia itu sendiri yang memilih sama ada hendak sama darjatnya dengan binatang atau pon tidak..
Yang membezakan manusia itu dengan haiwan adalah akal fikiran
.ramai orang sangka yang terutamanya emak bapa, yang mengata kan, hidup mereka susah kerana dah di tentu kan dalam Qada' dan Qadar, betul tu...tapi kan kite boleh mohon dengan pada Allah utk permudahkan hidup kita..kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hambanya..Allah tidak kan sesekali membiarkan hambanya keseorangan walaupon seketika...ini lah bukti yang jelas, btapa sayangnya Allah S.W.T pada kita..

dalam dunia nie kan pelbagai ragam manusia yang kita boleh jumpa, yang baek, buruk, sederhana, hipokrit, and macam2 lagi lah,tapi yang paling bahaye diantara manusie2 nie adalah, mereka yang pada mulanya berkata mahu melakukannya, tapi hakikatnya mereka tidak ingin melakukannya...kalau tak silap ada masuk dalam hadith, tpi aku tak igt lah sanad and matannye..sorry..huhuh..
ade yang banyak cakap tetapi each every single word die sgat berharga, kerana bermanfaat kepada manusia,
dalam percakapan, yang baik jadikan teladan, yang buruk, minta di jauhkan..amin~.

ade juga yang sebaliknya..berkaitan dengan tajuk kat atas, aku ade cerita, pernah lah aku tengok kawan2 aku nie bertekak, yang sorang nie dah macam lava dah, kalau kene simbah air, sure berasap, yang lagi sorang ni, tenang je...cooll..tapi muke bukn lah feeling nak cover dye handsome kayh..

gaduh psal ape, kalau tak silap kes dengar cerita daripada orang ke-3 je...then yang minah lava nie, punye beria percaya dekat the 3rd people nie..huh...hangin gak aku tengok minah nie membebel...sakit pale tinge, mate..and semua pancaindera lah senang kate, tapi mamat yang dok ngadap depan die senyap tak bercakap. haha...dah mmg ngaku kalah ke mamat tu kan??
rupanye tidak, sbenarnya, mamat nie kene fitnah je, sepanjang minah tu membebel, mamat tu senyum je, last2, minah tu berhenti bkn sbb die penat bercakap, tapi, dalam die pot pet pot pet tu Allah bukak jalan pada die, utk temui kebenaran.
Allah boleh bagi petunjuk pada kita bila-bila masa sahaja

hahaha...hebat tak hebat Kuasa ALLAH S.W.T kan..aku terdengar gak dalam bebel girl tu, "kau diam je nape?dah jadi bodoh tak reti nak bercakap ke?" kalau aku jadi mamat tu lame dah aku swing backhand aku dekat die..hahah...tapi mamat tu still cool and relax..cayalah lu..hahaha...tapi tulah..jangan ikut sedap mulut je nak cakap orang yang diam tu bodoh...sebb kan Nabi pernah pesan, daripada cakap mende2 yang takder pekdah, baek senyap..sbb kadang2 dalam kite berkate2, boleh terselit fitnah yang kte tak sengaja kan..so lepas nie kawan2 sekalian, kalau takder mende nak cakap2 diam je...then kalau ade orang marah depan2 ,,senyum je..kan senyum tu sedekah..and boleh melembutkan hati mane2 pihak pon..ok..
Allah tidak sesekali melarang kita untuk senyum melainkan ketika kita senyum sorang-sorang
kerana ianya adalah makruh.senyumlah selagi nikmat itu tidak diambil oleh Yang Maha Menciptakan.

sekian ...wassalam...